Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan pekat
- 3 cawan air pandan (blander 7 helai daun pandan dengan 3 cawan air kemudian tapis)
- 1 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 1-2 sudu besar marjerin/butter
- sedikit pewarna hijau (optional)
- bijan (digoreng tanpa minyak & api kecil)
Cara-cara
- Sediakan air pandan(tapi kalau gune esen pandan yang kat kedai tu pon boley kot tapi kena campur dengan air). Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
- Panaskan oven >200F.
- Masukkan semua bahan yang lain ke dalam mangkuk tadi dan Kacau sedikit. Kemudian blander ( kalau tak muat, blander sikit-sikit ).
- Sapu loyang dengan minyak/butter/margerin dan tabur tepung.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven. Set timer 30 minit. (kuih separuh masak)
- Selepas 30 minit keluarkan loyang dan tabur bijan. Masukkan semula ke dalam oven dan setkan 30-40 minit.
- Selepas masak biarkan ia sejuk. Kemudian potong. (Lame juge die nak sejuk I cakap kat you..^^)
0 comments on "KuIh BAkAr (BiNgKa PanDaN)"
Post a Comment