Monday, January 10, 2011

PiZZa aYam

Posted by xxwhitechocolatexx at 4:45 AM 0 comments














Em~ sEdAPNyE pIZza ni...x SaNgKE dpT BUaT pIzzA. SEbEnarNYe X tErLINtAS pON naK buaT pIZZa..tApi SatU haRi tU mak Kate CubE bUaT piZZa..sO aPe lAgI dENGan PanTas KILaT pi DptKaN rESePi...lAsTNYe DaPatlA saTu rESePI yG SEnAnG...AlhaMduLillAh JaDi..SEDaP rAsenYE...jOm LAh KIte Try SEsAMe... ^^



Pizza (roti yg kat bawahnye tu)

Bahan-bahan
  • 500g tepung (separuh bungkus tepung gandum tu)
  • 1 paket mauripan
  • 1 sd kecil gula
  • 1 sd kecil garam
  • 1 sd besar margerin (dicairkan - x perlu panas semasa campur ke dalam adunan)
  • 1 cawan air suam (bukan air panas ye everyone)
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sd kecil susu tepung

Cara-cara
  1. Masukkan tepung + gula + garam + susu tepung + minyak ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan mauripan ke dalam air suam (x boleh guna air panas sbb nanti mauripannye mati). Biarkan selama 5 - 10 minit.
  3. Campurkannya ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit dan masukkan minyak.
  4. Kacau adunan menggunakan jari dan kemudian uli sehingga menjadi lembut.
  5. Tutupkannya dan biarkan sehingga adunan naik 2 kali ganda.
  6. Tumbuk adunan (hilangkan angin) dan leperkan mengikut saiz yang dikehendaki dan letak di atas loyang / tray. (sapu tepung pada adunan yang telah dileperkan dan juga loyang / tray)
  7. Biarkan adunan naik lebih kurang dalam 15 minit.
  8. Bakar dalam oven (180 F) selama 15 minit.
  9. Keluarkan dan sapukan inti dan taburkan mozarella cheese di atasnya. (tapi kalau guna cream cheese mcm i, sapu cream cheese dulu baru letak inti. cream cheese jgn sapu banyak2 nnti rasenye muak)
  10. Bakar lagi hingga agak2 roti pizza sudah masak. Kalau guna mozarella cheese, sehingga cheese tu cair.


Inti pizza

Bahan-bahan
  • ayam seberapa yang kita hendak (diperap dengan :bwg merah, bwg putih, halia, sos tiram, kicap, telur, serbuk kari - ikut suka sbb untuk buat rase je)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • nanas (yg dlm tin) mengikut kuantiti yg disukai
  • 1 cawan carrot(dipotong dadu) + kacang peas(dlm tin tu) + jagung [optional]
  • 1 cawan sos tomato
  • 3 sd besar sos cili
  • sedikit garam
  • mozarella cheese / cream cheese
Cara-cara
  1. Goreng ayam. (x perlu masak sangat) Carik-carikkan dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih + bawang besar sampai layu.
  3. Masukkan sos cili + sos tomato = kacau
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga pekat.
  5. Sapu atas roti pizza. (jangan lupa cheese ^^)
  6. Bakar.
  7. Hidangkan.

p/s ChEeSe Jgn LeTaK bNyAK sNgT. kAlAu MaLaS nk buAt RoTi PizZA BolEh GUnE ROtI yg jUaL kAt KeDAi Tu (rOtI bUN / rOtI lOaF / RoTi BurGeR )

iNti KArIPaP

Posted by xxwhitechocolatexx at 4:16 AM 0 comments
Bahan-bahan
  • 2 biji tauhu (dihancurkan menggunakan garfu)
  • 1 - 3 biji telur
  • 1 sd besar sos tiram (best kalau letak ni ^^)
  • sedikit perasa (cukup rase / pasti sedap/ajinomoto)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 sd besar kicap lemak
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih (optional)

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang besar + kicap + serbuk perasa + sos tiram sehingga bawang layu.
  2. Masukkan tauhu yang telah dihancurkan.
  3. Bila dah agak2 kering sikit tuangkan telur yang telah dipukul di sebelahnya .
  4. Biarkan sebentar (agak2 dah mcm masak sikit je) kemudian kacau.
  5. Masukkan bahan2 yang lain. Kacau sehingga masak.

Friday, January 7, 2011

KaRiPAp PuSAr

Posted by xxwhitechocolatexx at 10:05 PM 0 comments


DaH lAMe RaseNYe TaK mAkAn KarIpAp PusAr ni...
sEBeNaNyE sAyE sUke SnGt KUih NI..TpI maLaNGNye WalAuPuN mAk Tu JaGoH bUAt Kuih, tApi KUIh Yg Satu Ni DiA x tAW pULaK nAK bUaT...
Da LamE jugak KaJI pAsAL kUIh nI..At LasT dApAt JuGe bUaT...mUlE2 INgAT lEcEH sNgT nK bUAtnYE..TpI seNaNG je RupEnYe...
sO i DecIded To MakE THeM tHis MorNiNG..AdIK yg TolONG kElimkN kUIh Tu CanTeK2...^^
RaSEnYE pOn SEdAP sNgAt & rAnGuP Yo...so, jomla try ^^

Bahan-bahan

Kulit karipap (doh)

1. doh kuning
  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn margerin + minyak masak (panaskan sehingga margerin cair)
2. doh putih
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn air
  • garam secukup rasa


Cara membuat doh

1. Buat doh putih.
  • Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan terus masukkan semua) ke dalam mangkuk sambil gaul menggunakan jari.
  • Kemuadian uli doh sehingga menjadi seperti bola.(kalau tak cukup air tambah air sikit, kalau lembik sangat tambah tepung sikit ^^)
  • Buat bebola2 kecil dan tutup doh supaya tidak terkena udara (nanti boleh kering).
  • Ketepikan.
2. Sediakan doh kuning.
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk lain.
  • Masukkan margerin+minyak yang telah dipanaskan sambil gaul menggunakan sudu (margerine + minyak yang panas supaya karipap rangup bila digoreng ^^)
  • Bila dah agak-agak sebati bolehlah buat bebola yang saiznya kecik sikit berbanding doh putih (kalau x buat bebola pun x pe..)
  • Tutup dan ketepikan.
3. Leperkan doh putih. Balutkan doh kuning dengan doh putih yang telah dileperkan.

4. Leperkan semula dan gulung (macam swis roll tu ^^).
kemudian leperkan lagi , gulung dan potong .














5. Ambil satu potong gulungan tadi dan leperkan. Hati-hati kerana ia mudah terkoyak.

6. Masukkan inti ( boleh rujuk di sini ) dan kelimkan.

7. Ulang proses sehingga habis.

8. Goreng dan hidang.

*Goreng dengan api yang kecil (tapi jgn la smpai apinye tu mcm hidup segan mati tak mau pulak.. ^^). Iya memang lambat, tapi trust me karipap nanti lebih rangup dan rapuh.

KuIh BAkAr (BiNgKa PanDaN)

Posted by xxwhitechocolatexx at 8:01 PM 0 comments



































Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air pandan (blander 7 helai daun pandan dengan 3 cawan air kemudian tapis)
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1-2 sudu besar marjerin/butter
  • sedikit pewarna hijau (optional)
  • bijan (digoreng tanpa minyak & api kecil)
Cara-cara
  1. Sediakan air pandan(tapi kalau gune esen pandan yang kat kedai tu pon boley kot tapi kena campur dengan air). Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Panaskan oven >200F.
  3. Masukkan semua bahan yang lain ke dalam mangkuk tadi dan Kacau sedikit. Kemudian blander ( kalau tak muat, blander sikit-sikit ).
  4. Sapu loyang dengan minyak/butter/margerin dan tabur tepung.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven. Set timer 30 minit. (kuih separuh masak)
  6. Selepas 30 minit keluarkan loyang dan tabur bijan. Masukkan semula ke dalam oven dan setkan 30-40 minit.
  7. Selepas masak biarkan ia sejuk. Kemudian potong. (Lame juge die nak sejuk I cakap kat you..^^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

~i luRve fOOd~ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal